PIDM perkukuh kesiapsiagaan krisis, lindungi pendeposit
KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) memperkukuh agenda kesiapsiagaan menghadapi krisis menerusi Rancangan Korporat PIDM 2026-2028, dengan tumpuan lebih kukuh kepada daya tahan resolusi, perlindungan digital serta meneruskan perlindungan terhadap pendeposit dan pemegang polisi sekiranya institusi anggota berdepan kesukaran.
