UNIMAS rekod spesies ikan unik di Bak Buan Mabi
KUCHING: Penemuan Rasbora cryptica, spesies ikan air tawar daripada kumpulan seluang yang hanya mempunyai taburan sangat terhad di Borneo antara penemuan penting pasukan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam kajian biodiversiti di kawasan air terjun Bak Buan Mabi, Kampung Sadir, Padawan, baru-baru ini.
