'Apa jadi jika rayuan 1MDB Najib berlanjutan selepas tahanan rumah tamat 2028...'
KUALA LUMPUR: Walaupun Datuk Seri Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, perjalanan prosiding undang-undang membabitkan beliau belum berakhir termasuk rayuan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
