Jazeman beri peluang jurutera, mekanik Malaysia timba pengalaman sukan permotoran antarabangsa
KUALA LUMPUR: Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.
