Bumbu Babah sasar kumpul RM5 juta dalam dua bulan, mahu buka 100 cawangan
KUALA LUMPUR: Babah Ventures Sdn Bhd, pengendali restoran makanan autentik nasi padang di bawah jenama Bumbu Babah, menyasarkan dana RM5 juta dalam tempoh dua bulan menerusi kempen Pendanaan Ekuiti (ECF) bagi mempercepatkan peluasan perniagaan, selain mengembangkan rangkaiannya kepada 100 cawangan dalam tempoh dua tahun.
