Wanita tagih dadah meningkat: Pengaruh suami, teman lelaki; mahu lupakan keresahan, sakit hati pada pasangan
KOTA BHARU: Pengaruh pasangan sama ada suami atau teman lelaki dikenal pasti sebagai antara punca utama jumlah penagih dadah dalam kalangan wanita di Kelantan meningkat kepada 598 orang tahun lalu berbanding 526 pada tahun sebelumnya.
