Kumar berang Malaysian Tigress lepas banyak peluang
KUALA LUMPUR: Kemenangan besar 5-0 ke atas Kazakhstan belum cukup untuk memuaskan hati ketua jurulatih skuad hoki wanita, CR Kumar yang mahu barisan kendaliannya tampil lebih garang ketika berdepan Bangladesh pada aksi kedua Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Isnin ini.
