Lebih 7,000 hektar Hutan Simpan Kekal Tasik Bera diteroka secara haram
KUANTAN: Lebih 7,000 hektar Hutan Simpan Kekal Tasik Bera yang digazetkan di bawah Konvensyen Ramsar Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah, dan pelbagai tanaman kontan.
