AS luluskan visa untuk delegasi Iran hadiri UNGA di New York
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan visa untuk delegasi Iran menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, lapor Anadolu Ajansi memetik jurucakap jabatan itu, semalam.
