Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan harga minyak rendah
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan data pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah selepas indeks ditutup rendah 0.26 peratus semalam, kata penganalisis.
