AS digesa tarik balik sekatan visa halang pegawai Palestin sertai UNGA
MOSCOW: Palestin menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan visa terhadap pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sehingga menghalang penyertaan mereka dalam sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menurut Kementerian Luar Palestin, semalam, lapor Sputnik/RIA Novosti.
