Masalah penginapan terus hantui Sukan Asia Aichi-Nagoya
NAGOYA: Masalah penginapan terus menghantui persiapan menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya termasuk membabitkan kontinjen tuan rumah Jepun yang kini mempertimbangkan penginapan alternatif selepas berlaku beberapa kes atlet lelaki dan wanita ditempatkan di bilik yang sama.
