Degil guna lorong kanan, 33 pemandu kenderaan perdagangan disaman
SUNGAI BULOH: Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan penyamaran dengan menaiki kenderaan tidak berlogo, mengekori dan menyaman 33 pemandu kenderaan perdagangan kerana memandu di lorong kanan secara berterusan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), hari ini.
