China maklumkan prosedur kumpul sampel DNA waris warga asing hilang dalam tragedi bencana Nepal-Tibet
ISLAMABAD: China sudah memaklumkan kepada kedutaan asing mengenai prosedur pengumpulan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada waris warga asing yang hilang susulan tragedi banjir dahsyat dan gelongsoran lumpur di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu, lapor Anadolu Ajansi memetik jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.
