PETRONAS, PTTEP dapat PSC baharu 35 tahun di MTJDA
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Petronas Carigali Sdn Bhd, PC JDA Ltd (PC JDA), bersama PTTEP JDX Thailand Ltd Co dan PTTEP JDX Thailand (JDA) Ltd memperoleh kelulusan kerajaan Malaysia dan Thailand bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu untuk Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).
