Ledakan pusat data buka peluang baharu kepada syarikat Malaysia
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mahu ledakan pembangunan pusat data negara memberi limpahan ekonomi lebih luas kepada syarikat tempatan, termasuk dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, sistem elektrik, penyejukan, telekomunikasi, keselamatan siber dan logistik.
