500 anak penyu agar dilepaskan ke laut, usaha pemuliharaan
KERTIH: Sebanyak 500 anak penyu agar berusia sehari, masing-masing berukuran 2.5 sentimeter dilepaskan ke laut di Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah Kertih, di sini hari ini sebagai usaha pemuliharaan menerusi Program Lestari Alam 2026 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
