Nani sasar lebur rekod sendiri di Sukan Asia
KUALA LUMPUR: Selepas kembali daripada kecederaan dan menghasilkan catatan terbaik musim ini, atlet lontar peluru negara, Nani Sahirah Maryata memasang impian lebih besar untuk mencipta rekod kebangsaan pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
