Depository of News

Isu Yang di-Pertuan Negeri Sembilan: Polis sudah buka kertas siasatan dakwaan MB dipaksa tandatangan proklamasi

newsdepo.com · world

Polis buka kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan proklamasiOleh Mohd Iskandar Ibrahimbhnews@bh.com.myPUTRAJAYA: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim, dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu masih dalam proses siasatan dan perkembangan lanjut akan dikongsikan sekiranya terdapat kemajuan."Kertas siasatan dah dibuka dan masih lagi dalam progres. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.Berita lanjut menyusul

Read full article →