Selepas BRICS, Anwar teruskan langkah diplomasi di Keralam
KERALAM (INDIA): Dari pentas Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi ke Keralam, dengan ketibaan di Calicut yang dikenali sebagai Kozhikode hari ini, membuka lembaran kedua dan terakhir bagi agenda lawatan kerja lima hari di India.
