Southern Score raih kontrak bina hospital RM180 juta di Melaka
KUALA LUMPUR: Southern Score Builders Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Southern Score Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM180 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan utama untuk pembangunan sebuah hospital swasta di Melaka.
