Semua boleh menang - Sharmendran
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad karate negara, R Sharmendran menganggap peluang mencipta kejutan tetap terbuka buat kelima-lima anak didiknya di Sukan Asia Aichi-Nagoya namun enggan meletakkan tekanan untuk memburu emas hanya kepada seorang atlet sahaja.
