Bara Biru Mata Hitamku masih menyala selepas 3 dekad
KUALA LUMPUR: Alunan instrumental Biru Mata Hitamku perlahan-lahan memenuhi ruang Mega Star Arena, Bukit Bintang di sini, sebelum bertukar menjadi laungan nostalgia apabila ribuan peminat menyatukan suara menyanyikan karya yang sudah tiga dekad bersemadi dalam ingatan.
