AHMM: ASHA 2026 tentukan hala tuju utama kesihatan serantau
KUALA LUMPUR: Hari keempat Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan (AHMM) semalam menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Malaysia selaku tuan rumah persidangan dwitahunan itu melancarkan pelan hala tuju utama kesihatan serantau bagi tempoh lima tahun, dinamakan Agenda Kesihatan Strategik Asean (ASHA) 2026-2030.
