Tuntutan difailkan di Singapura berkaitan Eric Tan sekutu Jho Low - Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memaklumkan, tuntutan ganti rugi yang difailkan oleh pelikuidasi lantikan mahkamah bagi empat syarikat yang menyaman DBS Bank adalah berkaitan akaun yang dibuka oleh sekutu Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan.
