Kos lebuh raya bertingkat BSE dianggarkan RM1.75 bilion
KUALA LUMPUR: Lebuhraya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, dan tempoh pembinaan selama empat tahun, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).
