Untung bersih Bermaz Auto melonjak ketara
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lalu, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.
