Jenazah anak saya sempurna, - Kamaruddin
KOTA BHARU: “Menerusi penerangan yang dibuat kepada keluarga semalam, jenazah anak saya sempurna, namun kena fahamlah apabila terbabit dalam kebakaran,” kata Kamaruddin Salleh, 69, bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, kelmarin.
