Operasi khidmat Doktor Udara perlu diperkasa
Nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, Sarawak kelmarin, yang mengorbankan juruterbang bersama empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu seorang pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat bukan sahaja tragedi menyayat hati, malah kehilangan besar kepada perkhidmatan kesihatan negara. Hakikatnya, mereka terkorban ketika melaksanakan amanah membawa rawatan kepada masyarakat pedalaman terpisah jauh daripada kemudahan kesihatan.
