GWM WEY G9 mewah, senyap dan bertenaga
Ada sesuatu yang berbeza apabila berdiri di hadapan GWM WEY G9 Hi4 PHEV. Tubuhnya yang panjang dan tinggi tidak cuba kelihatan garang seperti sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), sebaliknya hadir dengan ketenangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang tahu dirinya mempunyai ruang untuk membawa seluruh keluarga.
