Zuraida menang rayuan, ganti rugi RM50,000 kepada Guan Eng dibatalkan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin serta dua lagi untuk membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah penasihat DAP itu.
