Azeez kekal dalam tahanan polis hingga esok
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kekal dalam tahanan polis sehingga esok selepas mahkamah mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
