Nahas helikoter: Perkhidmatan Doktor Udara talian hayat kesihatan penduduk pedalaman Sarawak
KUCHING: Pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terbabit dalam insiden helikopter terhempas di Long Lellang, petang tadi adalah antara perkhidmatan penting dalam memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak mendapat akses kepada rawatan kesihatan.
