Proton e.MAS pecah rekod, jualan lepasi 6,000 unit sebulan
KUALA LUMPUR: Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik sejak dilancarkan apabila sebanyak 6,047 kenderaan terjual pada Ogos lalu, sekali gus menjadikannya jenama kenderaan tenaga baharu (xEV) terpantas di Malaysia yang melepasi pencapaian jualan 6,000 unit dalam tempoh sebulan.
