'Selagi tiada bukti sahkan apa-apa mengenai suami saya, harapan masih ada' - Isteri Loe
KUALA LUMPUR: Selagi tiada bukti yang mengesahkan nasib suaminya, Hani Othman tetap menaruh harapan bahawa pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, yang dilaporkan hilang bersama lapan rakyat Malaysia dalam tragedi banjir dahsyat di Rasuwa, Nepal, 26 Ogos lalu, akan ditemui.
