TM lancar pusat pertahanan siber baharu di Cyberjaya
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi cabang penyelesaian perusahaan dan sektor kerajaan, TM One, melancarkan TM Cyber Defence Centre (TM CYDEC) bagi membantu organisasi memperkukuh pertahanan terhadap ancaman siber.
