Dulu 15 minit, kini bantuan peronda lebuh raya tiba lapan-10 minit
KUALA LUMPUR: Peronda di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kini mengambil masa lapan hingga 10 minit berbanding 15 minit sebelum ini untuk membantu pengguna menghadapi masalah di ketiga-tiga lebuh raya itu.
