Ahli lembaga pengarah dilantik sertai GLC, GLIC, badan berkanun perlu berani bersuara, bukan sekadar datang mesyuarat - KSN
KUALA LUMPUR: Ahli lembaga pengarah (ALP) lantikan kerajaan sama ada dalam syarikat pelaburan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun tidak boleh sekadar menghadiri mesyuarat, sebaliknya perlu lebih proaktif mengukuhkan tatakelola dan akauntabiliti.
