Ketua Penolong Pengarah stesen televisyen didenda, penjara kerana terima suapan
Kuala Lumpur. Seorang ketua penolong pengarah sebuah stesen televisyen tempatan didenda RM20,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima wang berjumlah RM28,000 tujuh tahun lalu.
