Mentaliti pantang menyerah kunci kejayaan Harimau Muda ke Piala Asia
Kuala Lumpur Mentaliti tidak mengenal erti menyerah menjadi antara kunci kejayaan skuad bawah 20 (B-20) tahun negara menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China tahun depan, selepas perjuangan barisan pemain dan kejurulatihan kendalian Shukor Adan akhirnya membuahkan hasil.
