Cerpen BH Ahad: Perempuan berkebaya merdeka
Tanah jantung pisang yang jauh di sana sering melarutkan rindu di hatinya. Rindu yang bukan kepalang lagi. Rindu yang membugar dalam kalbu seorang Konsul British yang diamanahkan untuk tugasan penting. Dia menyiapkan helai demi helai kertas piagam yang perlu disegerakan. Tidak boleh tertangguh kerana setiap lakaran perlu dirujuk pada sumber yang betul dan sahih. Masa seperti mencemburui. Hari datang dan pergi saat dia berteleku di atas meja di kamar Rumah Lancaster itu sambil menghadap setiap dokumen dan naskhah perjanjian lama dengan mata yang separuh basah.
