Tiada lagi Cyrus pada nama Miley
LOS ANGELES: Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS), Miley Cyrus, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila membuang nama keluarga daripada semua akaun media sosial, sekali gus memilih untuk tampil hanya menggunakan nama pertamanya, Miley.
