Salah guna kuasa, rasuah: Bekas pengarah besar antara 2 individu ditahan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua individu termasuk seorang bergelar Datuk yang juga bekas pengarah besar sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
