2 kapal perang AS disasar peluru berpandu, alami kerosakan dan berundur dari 'kawasan pertempuran' - IRGC
ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada awal Ahad memaklumkan bahawa pihaknya telah menyasarkan sebuah kapal induk pesawat dan sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) dengan peluru berpandu balistik, sekali gus mendakwa kedua-dua kapal itu mengalami kerosakan serta berundur dari ‘kawasan pertempuran’, lapor Anadolu Ajansi.
