AS dakwa musnahkan 3 kapal tangki minyak mentah Iran
ISTANBUL: Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) semalam mendakwa bahawa pasukannya telah menyerang serta melumpuhkan tiga kapal tangki minyak mentah Iran selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan peluru berpandu balistik ke arah dua kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di perairan rantau itu, lapor Anadolu Ajansi.
