SPRM tahan wanita disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000.
