Ahli akademik tidak lagi takut kepada PAS
PENERBITAN buku Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff bertajuk PAS Menuju Putrajaya: Suara Pimpinan dan Sarjana sempena Muktamar PAS dan sambutan 75 tahun parti itu menarik sekali bukan semata-mata kerana persoalan provokatif dibawanya, iaitu sudahkah PAS benar-benar bersedia menuju Putrajaya, tetapi kerana siapa yang bersedia menjawab persoalan berkenaan.
