Sarawak tutup 647 sekolah lima hari kerana jerebu, laksana PdPR mulai 7 September
KUCHING: Sebanyak 647 sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, ditutup lima hari mulai 7 hingga 11 September ini dan digantikan denga sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di beberapa kawasan negeri ini.
