Umar pamer 'bidikan tepat' selepas terkeluar daripada program kebangsaan
KUALA LUMPUR: Tidak lagi berada dalam program kebangsaan tahun ini tidak menghalang Umar Fareed Faroukh membuktikan dirinya masih mampu bersaing apabila muncul juara acara 10 meter (m) air pistol lelaki Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2026, di Lapang Sasar Menembak, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.
