Pelajar tahfiz terus laung azan, solat hajat bantu cari dua remaja hilang
KOTA TINGGI: Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Redha, Bandar Penawar, semalam meneruskan ikhtiar dengan melaungkan azan dan menunaikan solat sunat Dhuha, solat hajat serta bacaan Surah Yaasin bagi membantu mencari dua lagi remaja yang masih hilang selepas dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat, di sini.
